loader

VISI, MISI & INKLUSIVITI

VISI, MISI & INKLUSIVITI PERHUTANAN SOSIAL

VISI

Ke arah penglibatan dan perhutanan sosial yang inovatif untuk pengurusan sumber hutan mapan

MISI

Untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat orang asli dan tempatan melalui penyertaan aktif dalam bidang perhutanan sosial

OBJEKTIF PERHUTANAN SOSIAL

Untuk meningkatkan taraf hidup dan kualiti masyarakat luar bandar yang tinggal di dalam dan kawasan sekitar PFEs, HEP dan kawasan pedalaman lain

Untuk tujuan pemuliharaan, penambahbaikan dan menggalakkan pengeluaran produk hasil hutan kayu dan bukan kayu (NTFP);

Perlindungan dan pemuliharaan sumber semula jadi melalui penglibatan aktif komuniti setempat;

 

Untuk mewujudkan hutan tani dan hutan rekreasi  untuk faedah komuniti luar bandar dan bandar melalui pemuliharaan ekologi dan pemuliharaan alam sekitar

PERANAN PERHUTANAN SOSIAL

  1. Meningkatkan pendapatan, taraf, dan kualiti hidup komuniti melalui pemerkasaan keupayaan dan pengetahuan yang diaplikasikan daripada program pembangunan sebagai ekonomi alternatif untuk komuniti sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap sumber hutan
  2. Merancang dan melaksanakan projek melalui penglibatan komuniti dalam memulihara, dan mengurus serta mempromosikan hasil hutan kayu dan bukan kayu (NTFP)
  3. Merancang serta merangka pelan pembangunan jangka masa panjang bagi mendapatkan dana projek dan program perhutanan sosial di seluruh Negeri Sarawak
  4. Menyelaras serta memantau projek- projek, program,dan aktiviti perhutanan sosial bagi tujuan rekod serta laporan jabatan
  5. Menyusun, mengumpul, dan mengemaskini semua data serta maklumat melalui survei sumber yang telah, sedang, dan yang akan dijalankan sebagai pangkalan data bagi menyokong projek dan program Perhutanan sosial
  6. Membentuk, meluas jaringan komunikasi dengan pemegang taruh (stakeholder) dengan organisasi di dalam dan diperingkat antarabangsa

5 TUNGGAK PERHUTANAN SOSIAL

FUNGSI TUNGGAK PERHUTANAN SOSIAL

  • Menjalankan program-program, aktiviti pendidikan dana perkembangan mengenai alam sekitar, kepentingan hutan, fungsi kepada komuniti, pelajar sekolah dan stakeholders

  • Mengadakan program dan aktiviti kesedaran awam ke atas fungsi, peranan jabatan serta membuat publisiti melalui media massa dan apa jua bentuk publisiti berkenaan projek dan program perhutanan sosial jabatan

  • Membangun, merancang, melaksanakan projek-projek, program dan aktiviti perhutanan tani melalui penglibatan komuniti
  • Membangun, mengurus dan mempromosikan produk- produk hasil hutan bukan kayu (NTFP)

  • Membangun, merancang, melaksanakan projek/aktiviti yang mampu melatih komuniti untuk menghasilkan pelbagai jenis produk dengan menggunakan sumber hutan yang ada
  • Membina jaringan perniagaan serta membuka peluang pemasaran kepada pembeli luar untuk produk yang dihasilkan

  • Menyediakan khidmat kemudahan asas kepada komuniti yang tinggal di pinggir kawasan PFE, HEP dan kawasan pedalam lain sebagai tanggungjawab sosial jabatan
  • Mewujudkan dan membangunkan perhutanan bandar, luar bandar dan pedalaman bagi meningkatkan serta mengekalkan nilai- nilai estetika kawasan riadah dan aktiviti pelancongan

  • Membangunkan serta mengurus hutan- hutan komunal secara bersepadu bersama komuniti setempat
  • Membangunkan kawasan hutan melalui integrasi aktiviti pertanian dan perhutanan untuk memberi manfaat kepada komuniti setempat

  • Mewujudkan pendapatan sampingan dan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui perhutan-tani