Meningkatkan Pendapatan dan Menaiktaraf Hidup Komuniti
Kerja-Kerja Sosial dan Khidmat Komuniti
Menaiktaraf kemudahan di Bung Bratak Heritage Centre, Bau melalui Projek Heart of Borneo Fasa III
Bung Bratak yang terletak di Kpg. Tembawang Sauh, Bau merupakan antara penempatan masyarakat Jagoi Bidayuh sejak 750 tahun dahulu.
Dari masa ke semasa penduduk di sekitar kawasan ini telah berpindah ke tempat lain dan kini ianya merupakan salah satu pusat pelancongan di Sarawak. Festival Bung Bratak diadakan pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peristiwa bersejarah yang berlaku di kawasan ini.
Jabatan Hutan Sarawak melalui Projek Heart of Borneo Fasa III: Projek Restorasi Landskap Hutan Melalui Model Hutan Tani dengan Kerjasama Awam Swasta sedang melaksanakan projek menaiktaraf kemudahan di Bung Bratak untuk tujuan mempergiatkan lagi aktiviti eko-pelancongan dan sekaligus membantu dalam meningkatkan sosio-ekonomi komuniti sekitar. Kerja-kerja menaiktaraf ini dilaksanakan secara gotong-royong bersama komuniti di Bung Bratak. Antara kemudahan yang dinaiktaraf dan dibina ialah denai hutan bagi kegunaan pengunjung bagi aktiviti forest walk dan jungle trecking/hiking, pembinaan tapak semaian, pemasangan label pokok di dalam kawasan Bung Bratak serta aktiviti penanaman.