loader

NON-TIMBER FOREST PRODUCTS (NTFP)

Pengenalan

Jabatan
Hutan Sarawak telah menganjurkan Karnival NTFP (Non-Timber Forest Product)
semenjak tahun 2016 dan merupakan acara tahunan bagi jabatan. Pada kali ini,
Jabatan Hutan Sarawak melalui Bahagian Perhutanan Sosial akan menganjurkan
promosi dan penjualan produk-produk NTFP berskala kecil dan tertumpu kepada
komuniti daripada Zon Selatan iaitu daripada Bahagian Lundu – Kampung Stunggang
Melayu Baru, Kampung Stunggang Dayak, Kampung Pasir Hulu, Biawak, Kampung
Serayan Hulu.

Manakala
daripada Daerah Bau komuniti yang dijemput adalah daripada Kampung Jugan dan
Kampung Jagoi Pinomu. Untuk Bahagian Serian, komuniti yang dijemput adalah
daripada Kampung Piching, Tebedu dan Kampung Lebor, Gedong. Yang terakhir
sekali daripada Daerah Lubok Antu, komuniti daripada Rumah Ninting, Nanga Jambu
dan Rumah Andah, Nanga Sumpa.

Tujuan
penganjuran expo ini adalah untuk memperkenal dan mempromosi produk-produk yang
diusahakan oleh komuniti yang berada di sekitar Estet Hutan Simpan. Produk yang
banyak dihasilkan adalah berasaskan sumber hutan yang senang dan mudah didapati
di sekitar kawasan hutan yang berdekatan. Contoh produk yang dihasilkan
daripada sumber hutan yang bukan berasaskan kayu balak dan mempunyai nilai
estetika tinggi serta khasiat semulajadi adalah seperti produk kraftangan
bakul, bubu, beg tangan, produk makanan seperti madu kelulut, propolis, perabot
dan lesung daripada tunggul pokok belian dan sebagainya.

Jabatan
Hutan Sarawak menawarkan pelbagai program dan salah satunya adalah menganjurkan
Program Pembangunan Komuniti, Kerja-kerja Sosial, Program Pembangunan Modal
Insan serta Program Peningkatan Pendapatan dan Taraf Hidup seperti menganjurkan
karnival atau expo NTFP seperti ini.

Objektif penganjuran

  1. Mendedahkan
    serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam pengurusan konservasi dan
    biodiversiti alam sekitar terutamanya dalam pengurusan sumber hasil hutan
    bukan kayu;
  1. Memperkukuhkan
    dan memperkasakan pembangunan dan pengeluaran hasil hutan bukan kayu
    (NTFP) oleh komuniti tempatan melalui promosi dan hasil jualan produk NTFP
    bagi meningkatkan punca pendapatan;
  1. Mempamer,
    mempromosi serta memasarkan produk-produk hasil hutan bukan kayu sehingga
    ke peringkat antarabangsa;
  1. Membina
    serta meluaskan jaringan perniagaan dan pemasaran di antara komuniti
    dengan pembeli terutamanya pembeli dari luar negara sekaligus meningkatkan
    aktiviti pelancongan di Sarawak.

Tema penganjuran

“Memperkasa
Hasil Hutan Bukan Kayu, Memperkukuhkan Ekonomi Inklusif”

Empowering
Non-Timber Forest Products, Strengthening Inclusive Economy”

Masa dan lokasi penganjuran

Tarikh

:

17 hingga 23
Oktober 2022

Masa

:

10.00 pagi –
10.00 malam

Lokasi

:

Plaza
Merdeka, Kuching

Senarai Komuniti Zon Selatan

I.     Lundu

Encik Kenyo ak Bahiri

:

Kpg.
Pasir Hulu, Biawak

Encik Nyabot @ Tendet Otoh

:

Kpg.
Pasir Hulu, Biawak

Puan Siti Hawa bte Mahri

:

Kpg.
Stunggang Melayu Baru

Puan Upa ak Hanis

:

Kpg.
Serayan Hulu

Encik Sudirman ak Gindau

:

Kpg.
Stunggang Dayak

II.   Bau

Puan Haddrienrin ak Attay

:

Kpg. Jagoi Pinomu

Encik Attay ak Nopet

:

Kpg. Jagoi Pinomu

Puan Melissa Manis Pongkas

:

Kpg. Jugan

III. Serian

Puan Joseline ak Jagoi

:

Kpg. Pichin, Tebedu

Lumat ak Lebong

:

Kpg. Lebor, Gedong

IV.  Batang
Ai, Lubok Antu

Puan Labon ak Thomas Bagi

:

Rh. Ninting, Nanga Jambu

Puan Bandong ak Bantin

:

Rh. Ninting, Nanga Jambu

Encik Kedeni ak Sikin

:

Rh Andah, Nanga Sumpa

Senarai produk-produk

Daerah

Kampung

Komuniti

Produk

Lundu

Kpg. Pasir Hulu, Biawak En. Kenyo ak Bahiri

Lesung,
Cobek, Senduk, Papan pemotong

En. Nyabot ak Tendet @ Otoh

Senduk,
Songsam, Tempurung sambal, Senduk panjang

Kpg. Stunggang Melayu Pn. Siti Hawa bte Mahri

Madu kelulut,
Madu lebah, Royal jelly

Kpg. Stunggang Dayak En. Sudirman ak Gindau

Produk
berasaskan kayu belian seperti Mangkuk, Tongkat, Keris,

Kpg. Serayan Hulu Pn. Upa ak Hanis

Beg, Bakul,
Dompet, Terabai, Pengisar padi, Tabung, Nyiru bulat

Bau

Kpg. Jugan Pn Melissa Manis ak Pongkas

Gelang
stotoh, Pangieh kayu, Rantai tangan, Baju kulit kayu, Tipakong, Tapan

En. Attay ak Nopet

Parang,
Sarung parang, Senduk, Keychain

Kpg. Jagoi Pinomu Pn. Haddrien ak Attay

Gelang
tangan, Rantai seramik, Anting-anting seramik

Batang Ai

Rh Ninting, Nanga Jambu Pn. Lambong ak Thomas Bagi

Beg bemban,
Sintong, Beg buluh, Tikar bemban, Capan, Tangi

Pn. Bandong ak Bantin

Beg rotan,
Bakul bemban, Tikar bemban, Pua kumbu, Tangi

Rh Andah, Nanga Sumpa En. Kedeni ak Sikin

Tangi, Agak,
Raga, Manik lingkau, Tikar bemban, Raga pemenih, Lupong, Gelang lingkau

Serian

Kpg. Lebor, Gedong Pn. Lumat ak Lebong

Jagon rotan,
Beg rotan, Selok buluh, Selok rotan, Dompet bemban, Timpak tudung

Kpg. Piching, Tebedu Pn. Joseline ak Jagoi

Lawak
sitotoh, Pasu buluh, Tabung buluh, Toko, Cintong, Tambuk, Juah, Capan, Kabe,
Sakei, Lipah, Belanyeh, Ates, Nyiru bulat

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolorClick HereLorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.Click Here
Previous
Next

Click here

Playlist

4 Videos


Sample Video

0:16


Sample Video

0:16


Sample Video

0:16



Play


Play

Previous
Next

This is the heading

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor

This is the heading

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor

Click Here

Previous
Next

This page is
Better
Bigger
Faster

Facebook
Twitter
LinkedIn

VARIASI PRODUK NTFP MENGIKUT LOKALITI

Komuniti & produk

Previous
Next

Dinner bersama komuniti

Previous
Next

Dinner bersama komuniti

Suasana Expo & Majlis Perasmian NTFP

Previous
Next

Majlis Penutupan NTFP

Previous
Next

AJK Kerja

Previous
Next

This is the heading

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.