Pusat Mini Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar serta Taman Mini Herba dan Pokok Ubat-ubatan di SK Adin Sare, Sarikei
Program Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar di SK Adin Sare, Sarikei telah bermula sekitar September 2013. Pada penghujung tahun 2013 landskap taman dan kerja-kerja pengubahsuaian dewan untuk Pusat Mini telah siap sepenuhnya. Pada Januari hingga 7 Mac 2014 kerja-kerja penananaman, pemantauan dan penjagaan tanaman herba dan pokok ubat di taman mini serta penyiapan fasa terakhir Pusat Mini yang merangkumi proses melekatkan bahan-bahan pameran serta dekorasi di Pusat Mini telah dilaksanaan.
Ini merupakan projek perintis daripada Unit Inisiatif Khidmat Komuniti yang menempatkan Pusat Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah ini sendiri berserta pelbagai bahan pameran dan informasi. Ia diharap dapat memudahkan murid-murid sekolah menjalani pembelajaran secara berterusan sekaligus memupuk minat dan kesedaran mengenai cintakan alam sekitar.
Pusat Mini Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar dan pelbagai bahan-bahan pameran dan informasi mengenai alam sekitar
Taman Mini Herba dan Pokok Ubat-ubatan seluas 100 m2 yang ditanam dengan 109 spesis herba dan pokok ubat-ubatan dan setiap satunya dilabel dengan informasi mengenai kegunaan dari sudut perubatan