loader

Projek Pembinaan Jambatan Gantung (PTNP)

Jambatan Gantung Sg. Kubaan, Long Semirang

  • Merupakan kerjasama di antara Jabatan Hutan Sarawak, ITTO, dan Samling Sdn. Bhd.
  • Pembinaan jambatan gantung Sg. Kubaan dijalankan secara gotong-royong di antara kakitangan jabatan dan komuniti Penan yang mengambil masa selama sebulan bermula 15 November hingga 16 Disember 2009.
  • Jambatan gantung Sg. Kubaan adalah sepanjang 32 meter.

Jambatan Gantung Sg. Adang, Long Adang

  • Merupakan kerjasama di antara Unit Inisiatif Khidmat Komuniti (CSIU) Jabatan Hutan Sarawak, Erickson dan Samling Sdn. Bhd.
  • Dibina atas permintaan komuniti Penan dari Long Adang, Long Persik dan Long Gita untuk memudahkan urusan seharian.
  • Pembinaan jambatan gantung Sg. Adang dijalankan secara gotong-royong di antara kakitangan jabatan dan komuniti Penan yang mengambil masa selama 2 bulan bermula 8 Oktober 2011 hingga 11 November 2011.
  • Jambatan gantung Sg. Adang adalah sepanjang 77 meter.