loader

Pengurusan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian

Kerja-kerja pengurusan, penyelenggaraan tapak semaian serta pemantauan tanaman dijalankan pada bulan Januari hinga Mac 2020 oleh pegawai dan kakitangan SFD serta Pejabat-pejabat Hutan Wilayah dan Daerah dan dibantu oleh komuniti tempatan yang telah diambil sebagai pekerja di nurseri. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah kerja-kerja mengutip/mengumpul dan seterusnya kerja-kerja penananam biji benih/anak pokok hutan/liar dan NTFP, penyelenggaraan dan pembesaran tapak semaian, pemantauan perkembangan pertumbuhan anak pokok dan sebagainya yang melibatkan empat tapak semaian iaitu di Kem Kelesa Ulu Baram, Sabal Agroforestry Centre Simunjan, Sarawak Tree Improvement Centre (STIC), Sibu dan Niah Forest Research Centre (FRC) Miri.

Selain itu, pihak SFD juga menjalankan kerja-kerja survei di tapak semaian baru yang akan ditubuhkan di Pusat Interpretasi Heart of Borneo (HoB) Kayangeran Lawas. Bermula pada bulan April 2020 pengurusan tapak-tapak semaian ini telah diambil alih oleh Bahagian Restorasi dan Hutan Industri (RIFD).

Kerja-kerja pemantauan perkembangan anak pokok dan penyelengaraan tapak semaian, mengutip anak pokok dan penyemaian di Sabal Agroforestry Centre yang dijalankan oleh kakitangan Jabatan dan komuniti rumah panjang dari kawasan sekitar

Kerja-kerja pembinaan bagi tujuan pembesaran tapak semaian yang dijalankan oleh kakitangan SFD dan komuniti rumah panjang dari kawasan sekitar

Kerja-kerja pemantauan perkembangan anak pokok menyukat dan merekod data pertumbuhan anak benih di empat blok plot penanaman, kerja-kerja mengutip dan penanaman anak pokok di tapak semaian

Kerja-kerja memindah anak pokok dari kawasan bengkel ke tapak semaian sementara, penyelengaraan tapak semaian di Kem Kelesa, Ulu Baram yang dijalankan oleh kakitangan  SFD dan RIFD