loader

Projek Pemuliharaan Landskap Hutan Dengan Cara Pengkomersialan Hutan-Tani Kawasan Hutan Komunal Lubok Antu (LASCF) (Jenis Paya Gambut) di Samarahan

 

Hutan Komunal Lubok Antu di Samarahan adalah jenis Paya Gambut dan mempunyai keluasan 640 ekar/259 hektar yang mana telah diwartakan pada 26 Februari 1962. Pada asalnya, kawasan ini ditubuhkan bertujuan untuk kegunaan domestik bagi penduduk Kpg. Lubok Antu, Kpg. Sor, Kpg. Baru and Kpg. Reban. Walaubagaimanapun, kampung-kampung yang masih tinggal adalah Kpg. Reban dan Kpg. Lubok Ria Hulu dan Hilir (Kpg. Lubok Antu) dengan bilangan terkini ahli keluarga adalah 110; 35 keluarga dari Kpg. Reban dan 75 keluarga dari Kpg. Lubok Ria.

Selama hampir 60 tahun penduduk dari dua buah perkampungan ini telah mengambil hasil hutan dari kawasan hutan komunal tersebut dan menyebabkan ianya menjadi kawasan belukar, meninggalkan sedikit atau tiada pokok kayu asal seperti ramin, jelutong dan meranti yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Oleh itu para penduduk kampung telah memohon untuk menukar status hutan menjadi maksud pertaninan (ladang nanas) namun telah ditukar kepada hutan-tani komersial.

Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Landskap Hutan dengan Cara Pengkomersialan Hutan-Tani di Hutan Komunal Lubok Antu Samarahan dengan model sistem hutan-tani yang berdaya komersial seperti tanaman pokok petai, durian, gelam, engkabang dan lain-lain pokok dengan tanaman nanas, kopi liberica, pisang sekaki, pinang, keladi, halia, keledek dan ternakan kambing yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat peneraju (anchor company) adalah merupakan satu projek yang berimpak tinggi dan berdaya saing.

Pelaksanaan projek ini dijangka akan dapat memberi manfaat sosio-ekonomi kepada 102 keluarga dari dua buah kampung melalui penglibatan mereka secara langsung dalam pekerjaan, peluang perniagaan dan agihan saham dalam keahlian mereka dalam Koperasi Lubok Antu Reban Serian Bhd. (KLARSB), No. Pendaftaran Q-3-1325). KLARSB bertindak sebagai pemaju dan turn-key contractor serta Agen Pengurusan Projek yang membangun dan mengurus pelaksanaan projek ini.

Perlantikan KLARSB sebagai pemaju/kontraktor projek adalah berdasarkan kepada Keputusan Mesyuarat MMKN: Proposed Implementation of Forest Landscape Restoration Program throughout Sarawak melalui Memorandum Rasmi No. Ruj. 92/KPBSA/S/1-81(A) Vol. 1 bertarikh 9 Jun 2020 (Lampiran 1) yang mana FLR implementation model are (1) Open Tender system or (2) Direct Award to local registered permodalan/cooperatives/bumiputera entrepreneurs, or (3) Apply both options on selective basis.

Objektif projek ini adalah seperti berikut:

  1. Memastikan pemuliharaan ekosistem hutan dapat dilakukan dan memberi manfaat kepada masyarakat dan kepelbagaian biologi setempat bagi keseimbangan ekologi, sosial dan ekonomi;
  2. Merupakan salah satu strategi untuk mempertahankan kawasan hutan simpan kekal (PFE), hutan terlindung (TPAs) dan hutan komunal (CF) dari pencerobohan yang tidak terkawal di Sarawak; dan
  3. Meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat dengan penglibatan dalam pertanian komersial dan pemeliharaan alam sekitar.

Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Landskap Hutan dengan Cara Pengkomersialan Hutan-Tani Kawasan Hutan Komunal Lubok Antu Samarahan ini adalah seperti berikut:

Tarikh Mula1 Ogos 2020
Tarikh Tamat30 Jun 2021
Jangka Masa Sepuluh (10) Bulan

Pelaksanaan Projek Pengkomersialan Hutan-Tani di LASCF ini pada asalnya mengambil masa selama DUA (2) tahun bermula pada 2 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021. Berikutan dengan wabak pandemik yang melanda, tempoh pelaksanaan projek ini telah dijadualkan semula iaitu pada Jun 2020 hingga 31 Disember 2021 (18 bulan) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Selepas PKP, projek ini sekali lagi dijadualkan semula dan tempoh masa pelaksanaan dipendekkan selama 10 bulan bermula 1 Ogos hingga 30 June 2021.

Kerja-kerja pembangunan projek telah bermula pada 1 Ogos 2020 melibatkan komponen-komponen yang telah ditetapkan menggunakan peruntukan pada tahun 2020 berjumlah RM2,800,000. Antara aktiviti/kerja-kerja pembangunan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

Survei Sempadan dan Vegetasi di kawasan LASCF

Kerja-kerja survei sempadan dan vegetasi ini telah dijalankan pada  26 Ogos – 9 September 2019 yang melibat pegawai dan kakitangan Jabatan dari Bahagian Pewartaan dan Konservasi (CCD) serta 2 orang ahli KLARSB. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti merintis, penandaan GPS Point, penandaan sempadan, pengecaman/pengenalpastian spesis dan serta pengukuran diameter (DBH) dan membina dan merekod track.

Antara hasil survei adalah kawasan  LASCF ini adalah jenis paya perair / dedikit munggu. Tumbuhan domain adalah spesis Benuak (kawasan paya berair ) dan terdapat  spesis-spesis lain seperti Meranti, Nyatoh, Jelutong, Uppi, Kayu Malam, Medang, Leban serta Geronggang. Kawasan ini juga pernah di ceroboh untuk pembalakan beberapa kali. Banyak kesan tebangan baharu untuk ramu dan sebagainya. Vegetasi asal telah berubah kepada “Degraded Forest”,‘Shrubs”, semak dan hutan paku / resam.

Pegawai dan kakitangan Jabatan serta ahli KLARSB yang terlibat dalam kerja-kerja survei sempadan dan vegetasi. Antara spesis yang dikenalpasti adalah benuak (kawasan paya berair), meranti, nyatoh, jelutong, uppi, kayu malam, medang, leban serta geronggang. Generasi baharu bersaiz dibawah 30cm DBH dan tumbuh secara berselerak. Pokok bersaiz komersial sangat jarang ditemui. Sebahagian besar tertumpu di bahagian paya dan munggu di bahagian tengah hutan. Purata saiz diantara 15cm-30 cm DBH

Penandaan Forest Strip Boundary dan Pemantauan Kerja-Kerja Perataan Tapak Projek LASCF

Kerja-kerja penandaan forest strip boundary ini telah dijalankan pada 1 hingga 5 Sept 2020 yang melibat pegawai dan kakitangan Jabatan dari Bahagian Perhutanan Sosial (SFD). Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Menanda titik permulaan (starting points) dengan mengambil bacaan koordinat GPS dan bacaan sudut (bearing);
  2. Menanda forest stripuntuk jalan utama (M1-M3), jalan benteng (B1-B7), compartment (C1-C7);
  3. Mengukur jarak jalan utamaM1 hingga M3 dengan menanda dengan red flagging setiap 20 meter dan bacaan sudut (bearing) diambil;
  4. Memantau kerja-kerja pembersihan dan pembukaan kawasan.

Kerja-kerja penandaan forest strip boundary oleh pegawai dan kakitangan SFD di tapak Projek LASCF

Survei Sosio-Ekonomi di Kpg Lubok Ria (Hulu & Hilir) dan Kpg. Reban

Survei Sosio-Ekonomi telah dijalankan pada 1 hingga 5 September 2020 yang melibat pegawai dan kakitangan Jabatan dari Bahagian Perhutanan Sosial (SFD) di Kpg Lubok Ria (Hulu dan Hilir) dan Kpg. Reban. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengadakan sesi temuramah bersama Penghulu dan Ketua-ketua kampung mengenai hasrat dan harapan terhadap projek yang dilaksanakan serta menjalankan survei sosio-ekonomi terhadap semua keluarga yang mendiami kampung-kampung yang terlibat.

Hasil daripada kajian mendapati Penghulu dan Ketua Kaun dari Kpg, Lubok Ria dan Kpg. Reban mengenai pelaksanaan projek hutan tani di Hutan Komunal Lubok Antu Samarahan dibawah pengurusan generasi muda iaitu pihak KLARSB ini adalah mereka berharap agai ia dapat meningkatkan sosio-ekonomi penduduk kampung. Semua penduduk kampung menyokong sepenuhnya pelaksanaan projek ini dengan harapan ia dapat menjamin masa depan yang cerah dan memberikan  manfaat kepada penduduk dalam jangka masa panjang. Ini adalah kerana majoriti penduduk kampung yang terlibat bekerja sendiri dan tidak mempunyai pekerjaan tetap terutama golongan anak muda. Dengan adanya projek ini, saya juga berharap agar ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda dan semua penduduk kampung dapat menikmati hasil projek ini kelak sekaligus membangun dan meningkatkan sosio-ekonomi setempat.

Sesi temuramah bersama Tuan Haji Borhan bin Mail, KK Kpg. Lubok Ria

Sesi temuramah bersama En. Awang bin Hot, KK Kpg. Reban

Sesi temuramah bersama Tuan Haji Boh bin Sabli, Penghulu Kpg. Lubok Ria

Sesi Taklimat dan Dialog mengenai Projek Pengkomersialan Hutan- Tani di Hutan Komunal Lubok Antu Samarahan bersama komuniti

Sesi Taklimat dan Dialog bersama komuniti dari Kpg. Lubok Ria (Hulu & Hilir) dan Kpg. Reban mengenai Projek Pengkomersialan Hutan- Tani di Hutan Komunal Lubok Antu Samarahan diadakan pada 4 September 2020 bertempat di Dewan Serbaguna, Kpg. Lubok Ria Hulu. Sesi dimulakan dengan taklimat projek diikuti oleh dialog bersama komuniti yang terlibat.

Antara isu yang diutarakan semasa sesi dialog adalah mengenai jenis tanaman di plot projek dan keahlian didalam KLARSB. Pihak Jabatan menyerahkan kepada Koperasi untuk mengurus dan membangunkan projek ini dengan penglibatan pelabur serta agensi yang berkaitan dan membuat segala pertimbangan/keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan diatas persetujuan semua ahli Koperasi.

Ucapan oleh Tuan Haji Borhan bin Mail, KK Kpg. Lubok Ria

Taklimat Projek oleh En. Dawend Jiwan

Penduduk kampung mengajukan soalan mengenai projek

Panel dialog terdiri daripada En Dawend Jiwan (Jabatan Hutan Sarawak), En. Faizal Bujang (Pengerusi Koperasi Lubok Antu Reban Serian Bhd), Tuan Haji Boh bin Sabli (Penghulu), Tuan Haji Borhan bin Mail (KK Kpg. Lubok Ria) dan En. Awang bin Hot (KK Kpg. Reban)

Survei Tapak untuk Pembangunan Infrastruktur di Projek LASCF

 

Kerja-kerja Survei Tapak untuk Pembangunan Infrastruktur di Projek LASCF yang dijalankan oleh pegawai dan kakitangan SFD pada 22 hingga 26 September 2020. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

  1. Mengambil perimeter mungguk iaitu 923 meter dengan menggunakan GPS dengan mengeliling mungguk;
  2. Mengambil bacaan koordinat GPS setiap hujung mungguk. Lima (5) bacaan koordinat diperolehi:
    1. N 01019 38.8; E 1100 31 26.7
    2. N 01019 39.7; E 1100 31 25.9
    3. N 01019 34.0; E 1100 31 21.4
    4. N 01019 31.3; E 1100 31 26.7
    5. N 01019 36.9; E 1100 31 27.9
  1. Keluasan kawasan mungguk ialah 3.34 hektar berdasarkan koordinat dan perimeter mungguk yang diperolehi;
  2. Memeriksa dan memantau perkembangan kerja-kerja pembinaan jalan utama (M1-M3), jalan benteng (B1-B7) dan compartment.

Kerja-kerja survei tapak untuk pembangunan infrastruktur yang dijalankan oleh kakitangan SFD di tapak Projek LASCF

Survei Kontur di tapak Projek LASCF

Aktiviti ini dijalankan oleh kakitangan Bahagian Perhutanan Sosial (SFD) pada 21 hingga 27 Oktober 2020. Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah:

  1. Membuat kerja survei susun atur garisan kontur di kawasan cadangan tapak pembinaan di N01º19’39.6” E110º31’26.5”;
  2. Menyukatlayout tapak yang disurvei;
  3. Mengambil sukatan garis dasar (base line) dan garis jalur (strip line);
  4. Mengambil data garis kontur garis jalur;
  5. Memindah data survei ke kertas graf dan kertas tekap (tracing paper)

Kerja-kerja survei kontur yang dijalankan oleh kakitangan SFD di tapak Projek LASCF

Majlis Dialog Dan Lawatan Tapak oleh Pengarah Hutan Sarawak ke Projek LASCF

Majlis Dialog dan Lawatan ke Projek LASCF bersama Pengarah Hutan Sarawak telah diadakan pada 31 Oktober 2020 bertempat di Dewan Serbaguna Kpg. Lubok Ria Hulu. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian daripada Jabatan serta agensi dan pelabur, penduduk Kpg. Lubok Ria dan Kpg. Reban dan ahli-ahli Koperasi.

Majlis ini turut dihadiri oleh agensi-agensi yang terlibat seperti Residen Serian dan Residen Samarahan, wakil daripada Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR), Universiti Malaysia Sarawak, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) serta syarikat-syarikat pelabur (potential investors).

Majlis Dialog ini diadakan secara 3 hala (3 way dialouge sesion) antara Jabatan Hutan Sarawak para pelabur dan penduduk kampung bagi menjawab segala pertanyaan berkenaan dengan projek. Semasa sesi ini, para pelabur juga berpeluang untuk memaklumkan kepada semua yang terlibat mengenai profil syarikat masing-masing serta tawaran pelaburan kepada Projek LASCF ini.

Lawatan Tapak turut dilakukan oleh Pengarah Hutan Sarawak bagi meninjau perkembangan dan status kemajuan projek yang sudah memulakan kerja-kerja pembinaan sekitar Ogos 2020 oleh pihak Koperasi. Lawatan tapak ini turut disertai oleh pihak Koperasi, agensi serta pelabur yang teribat.

Kerja-kerja persediaan sempena Majlis Dialog dan Lawatan Tapak yang di jalankan secara gotong-royong antara pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan dan penduduk kampung

Lawatan Tapak oleh YBhg. Datu Pengarah Hutan Sarawak yang turut disertai oleh pihak Koperasi, agensi, para pelabur serta pegawai dan kakitangan Jabatan

Pendaftaran di Kaunter SOP

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Borhan bin Mail, KK Kpg. Lubok Ria

Ucapan oleh YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak

Penduduk kampung, pelabur dan wakil agensi yang hadir

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)

Banana Tree Sdn. Bhd.

PSN Management Sdn. Bhd.

Reka Jaya Plantation Sdn. Bhd.

Agensi dan pihak pelabur memberi pembentangan mengenai organisasi masing-masing dan tawaran kepada Projek LASCF

Penduduk kampung mengemukakan soalan sewaktu Majlis Dialog

Panel Dialog yang terdiri daripada YBhg. Datu Hamden Bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak, YBrs. Tuan Jack Liam, Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan dan Pembangunan), Tuan Haji Azahari bin Omar, Penolong Pengarah Bahagian Perhutanan Sosial (SFD), Tuan Haji Borhan bin Mail, Ketua Kampung Lubok Ria dan En. Faizal bin Bujang, Pengerusi Koperasi Lubok Antu Reban Serian

Sesi fotografi bersama YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad dan semua tetamu yang hadir

Sesi Dialog dan Perbincangan bersama IADA, FAMA dan Abadi Resources Enterprise

Sesi Dialog dan Perbincangan antara pihak Jabatan dan koperasi bersama IADA, FAMA dan syarikat Abadi Resources telah diadakan pada 25 November 2020 di Pejabat KLARSB.

Sesi bersama IADA dan FAMA dihadiri oleh Pengarah IADA, En. Medan Insol serta pegawai dan kakitangan daripada agensi tersebut. Pihak IADA dan FAMA amat berminat untuk membantu penduduk kampung terutamanya Koperasi dalam melaksanakan projek tanaman hutan-tani di hutan komunal ini dan berhasrat menjalankan kerja-kerja penanaman dalam jangka masa terdekat. Antara tanaman yang dicadangkan adalah jagung bijirin, pisang tanduk yang permintaan yang tinggi dipasaran terutamanya dari Semenanjung Malaysia, nanas, labu, ubi kentang dan sebagainya mengikut keadaan/kesesuaian tanah di tapak projek. Oleh yang demikian, pihak IADA bercadang untuk mendapatkan kawasan seluas 100 hektar iaitu 50 hektar bagi jagung bijrin dan 50 hektar bagi pisang tanduk sebagai langkah permulaan sebelum menambah keluasan  kawasan penanaman dan mempelbagaikan jenis tanaman.

Perbincangan juga turut diadakan bersama syarikat pelabur iaitu Abadi Resources Enterprise mengenai Projek Sisa Biomass untuk penghasilan chips, pellet dan kompos. Projek ini melibatkan kos RM200,000 yang merangkumi pembelian chipper mesin dari negara China dan latihan kepada ahli koperasi mengenai projek tersebut.

Sesi Dialog dan Perbincangan bersama IADA & FAMA

Sesi Dialog dan Perbincangan bersama Abadi Resources Enterprise

Sesi Dialog dan Lawatan Tapak oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Sarawak

Sesi Dialog dan Lawatan Tapak oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Sarawak  telah diadakan pada 8 Disember 2020. Sesi yang dihadiri oleh Pengarah serta pegawai dan kakitangan SKM ini juga melibatkan pihak Jabatan dan KLARSB bagi memberi taklimat secara terperinci mengenai pelaksanaan projek, status kemajuan serta melakukan tinjauan ke tapak projek.

Menerusi dialog ini pihak SKM berharap agar projek ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk kampung. Antara hasil dialog adalah seperti berikut:

  1. Pihak Koperasi dapat memberi/menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk kampung yang memerlukan pekerjaan untuk sama-sama terlibat dalam membangunkan projek;
  2. Memandangkan kawasan projek sangat luas (tanah lapang sedia ada), pihak Koperasi disaran untuk memulakan projek tanaman yang boleh mengeluarkan hasil dalam masa 6 bulan agar kawasan tersebut dapat diusahakan dan mengisi masa sementara menunggu hasil tanaman yang lain;
  3. SKM juga akan memberi bantuan seperti kursus dan sebagainya kepada ahli Koperasi sekiranya diperlukan;

Sesi Lawatan ke tapak projek oleh SKM diiringi oleh pihak SFD dan KLARSB