Projek Enhancing Non-Timber Forest Products (NTFP) for Sustaining the Community Livelihood and Food Security in Murum Resettlements dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB)
Projek Enhancing Non-Timber Forest Products (NTFP) for Sustaining the Community Livelihood and Food Security in Murum Resettlements dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) merupakan yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2019. Aktiviti yang dilaksanakan pada tahun 2021 merupakan kesinambungan daripada projek yang telah dilaksanakan pada tahun lepas di Metalun, Murum HEP. Projek kali ini melibatkan penanaman gaharu sebanyak 4,000 pokok gaharu di kawasan Long Wat dan Long Malim (Penan). Projek ini bermula dengan Sesi Dialog bersama komuniti diikuti oleh penandaaan plot dan kerja-kerja penanaman yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Perhutanan Sosial (SFD) serta komuniti Penan di penempatan semula yang terlibat. Secara keseluruhan, sebanyak 12,000 pokok gaharu telah ditanam bersama komuniti dari penempatan semula Tegulang dan Metalun Murum HEP.
Sesi Dialog bersama komuniti di Long Wat dan Long Malim (Penan), Tegulang Murum HEP bersama pegawai dan kakitangan SFD dan SEB yang diadakan pada 7 – 13 September 2020.
Kerja-kerja penandaan plot tanaman gaharu bersama komuniti dari Long Malim pada 5 – 18 Oktober 2020
Kerja- kerja penandaan plot tanaman gaharu bersama komuniti dari Long Wat pada 5 – 18 Oktober 2020