loader

Projek Baikpulih dan Penyelenggaran Astaka, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching

Projek baikpulih dan penyeyelenggaran astaka Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching telah dilaksanakan oleh Bahagian Perhutanan Sosial (SFD) melibatkan pegawai dan kakitangan SFD serta Pejabat Hutan Wilayah Kuching. Astaka yang terletak di padang sekolah berkenaan telah dibina pada awal tahun 1990-an dan telah berusia lebih daripada 20 tahun serta berkonsepkan senibina bangunan British. Astaka tersebut digunakan untuk pelbagai acara terutamanya acara sukan dan majlis rasmi yang melibatkan penggunaan padang sekolah. Memandangkan struktur dan keadaan astaka kurang baik dan tidak selamat untuk digunakan, maka pihak SFD telah menjalankan kerja-kerja baikpulih secara keseluruhan dan mengubah senibinanya. Kerja-kerja tinjauan telah diadakan pada 29 Mei 2020 manakala kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan bermula pada 9 November dan siap sepenuhnya pada 28 November 2020.

Kerja-kerja tinjauan yang dijalankan oleh pegawai dan kakitangan SFD ke astaka Kolej DPAH mendapati keadaan astaka tersebut perlu diselenggara dan dibaikpulih. kerja-kerja mengukur keluasan astaka dan anggaran bahan-bahan binaan yang diperlukan juga dibuat pada masa ini.

Penghantaran bahan binaan ke tapak astaka

Kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan

Kerja-kerja penyelenggaraan astaka yang mengambil masa selama 20 hari dijalankan oleh pegawai dan kakitangan serta  Pengawas Hutan yang ditempatkan di SFD.

Keadaan astaka selepas selesai projek baikpulih dan penyelenggaraan dilaksanakan

Pegawai dan kakitangan serta  Pengawas Hutan yang terlibat dalam projek astaka

Majlis penyerahan astaka kepada pihak Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching yang diadakan pada 4 Disember 2020