Kerja-kerja Pembangunan oleh Koperasi Lubok Antu Reban Serian Bhd. (KLARSB)
Peruntukan keseluruhan projek yang telah diluluskan pada 4 Februari 2019 adalah bernilai RM5,000,000. Kerja-kerja pembangunan komponen-komponen projek oleh pihak KLARSB telah bermula pada 1 Ogos 2020. Sehingga 31 Disember 2020, Status Kemajuan Fizikal Sebenar Projek telah mencapai sasaran iaitu 50% berbanding (sebenar) berbanding 50% (dijadualkan) dan telah membelanjakan sebanyak RM2,798,265.77 atau 99.94% daripada RM2.8 juta peruntukan pada tahun 2020. Berikut adalah kerja-kerja yang dilaksanakan:
Kerja-kerja baikpulih jalan ladang sepanjang 2km yang telah siap dan digunakan pada bulan Julai 2020
Pembinaan jambatan kayu balak sementara yang telah siap dibina oleh pihak KLASRB dan digunakan pada Ogos 2020
Pembinaan jalan masuk utama di luar kawasan projek merupakan Projek Jalan Akses Sepanjang 425m menggunakan teknologi penyelidikan dengan kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak dan KLARSB dengan UNIMAS serta rakan industri yang terlibat seperti CMS Industries Sdn. Bhd., Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd., dan Ho Fu (Sarawak) Sdn. Bhd.
Projek Kerjasama Penyelidikan Jalan Paya Gambut menggunakan teknologi baru yang dicipta oleh pihak UNIMAS melibatkan pembinaan jalan di kawasan hutan paya gambut dengan menggunakan campuran pasir, batu dan buluh serta sejenis bahan kimia. Campuran bahan ini akan mengeras dalam masa yang singkat dan jalan tersebut boleh terus digunakan dan tahan lama (jalan tidak akan mendap) tanpa perlu menunggu masa selama 6 bulan jika menggunakan kaedah biasa. Penggunaan teknologi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembinaan dengan kaedah biasa sekaligus mengurangkan kos penyelenggaraan di kawasan tapak projek. Pembinaan Projek Jalan Akses sepanjang 425m ini mengambil masa 77 hari yang mana telah bermula pada 16 Disember 2020 dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Mac 2021.
Kawasan Jalan Masuk Utama sepanjang 480m dengan 5m lebar dan perparitan yang telah dibersih dan diratakan
Penghantaran bahan-bahan binaan dan pembinaan Projek Jalan Akses sepanjang 425m oleh kontraktor yang dilantik.
Kerja-kerja perataan bagi Pembinaan Jalan Masuk Utama Berbatu Dan Perparitan Sepanjang 1.5km dengan lebar 5m dalam kawasan projek. Sehingga 31 Disember 2020, peratus siap adalah 80%.
Status bagi kerja-kerja Pembersihan Kawasan Tapak Pembinaan Dan Perladangan. Peratus siap adalah 90%
Pembinaan Jalan Benteng Berbatu Dan Perparitan Sepanjang 5km Dengan Lebar 3m di dalam kawasan projek. Sehingga 31 Disember 2020, peratus siap adalah 85%
Pembinaan Perparitan 12 Kaki Lebar Di Sempadan tapak projek bagi kawasan yang mengalami takungan air/banjir untuk disalurkan ke sungai berhampiran (Sg. Batang Samarahan). Kerja-kerja pembinaan ini telah siap sepenuhnya pada bulan November 2020.
Komponen BUKAN FIZIKAL yang merangkumi pengurusan dan pengoperasian projek termasuk pembelian aset dron, latihan, EIA dan EMR, penggajian, dokumentasi dan lain-lain tuntutan telah dan sedang dilaksanakan sehingga penghujung tahun 2020.
Walaupun pada peringkat awal projek ini dikategorikan sebagai ‘Projek Sakit’, namun begitu hasil sokongan dan kerjasama antara pihak Jabatan dan Koperasi Lubok Antu Reban Serian Berhad dan semua agensi serta pelabur-pelabur yang terlibat, projek ini telah berjaya mencapai kemajuan fizikal seperti yang telah dijadualkan iaitu 50% sehingga Disember 2020 dan membelanjakan hampir 100% peruntukan pada tahun 2020 bagi pengurusan dan pembangunan projek.