Bengkel Penyediaan Rancangan Untuk Pelaksanaan Restorasi Landskap Hutan (Forest Landscape Restoration, FLR) di Sarawak Tahun 2020
Bahagian Perhutanan Sosial telah menganjurkan satu bengkel untuk merancang aktiviti berkaitan pelaksanaan FLR secara terperinci telah diadakan Hotel Mega, Miri pada 8 hingga 11 Januari 2020. Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk merancang, mengurus, melaksanakan aktiviti-aktiviti FLR di kawasan Hutan Estet Kekal (PFE) termasuk program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA), penubuhan nurseri, penanaman semula serta pemantauan yang melibatkan semua (i) Pejabat Hutan Wilayah (PHW); (ii) Pemegang taruh (stakeholders); (iii) Badan-badan kerajaan/bukan kerajaan dan; (iv) Organisasi swasta
Penganjuran bengkel ini diharap dapat merangka perancangan pelaksanaan FLR yang lebih teratur bagi mencapai hasil projek dalam menjamin kelangsungan bekalan indigenous spesis pokok hutan tempatan yang bernilai tinggi untuk industri perkayuan, serta memastikan pengurusan restorasi dan rehabilitasi kawasan hutan yang terosot dapat dilaksanakan dengan lebih strategik dan efisen. Selain itu, berdasarkan pengumpulan maklumat daripada hasil bengkel, KPI setiap program, anggaran bajet setiap aktiviti, cadangan dan anggaran manpower, logistik serta pengangkutan untuk keperluan aktiviti telah dapat dibincang dan disediakan untuk pelaksnana aktiviti FLR pada tahun 2020.