loader

Recce dan Dialog Bersama Komuniti di Long Bedian dan Ulu Tinjar Ulu Baram, Miri bagi Projek Hutan Masyarakat

Projek Hutan Masayarakat ini melibatkan penanaman pokok hutan oleh komuniti di kawasan Ulu Baram Miri yang dilaksanakan pada tahun 2002, 2003 dan 2009 iaitu di Long Bedian melibatkan keluasan berjumlah 45 hektar dan Ulu Tinjar dengan keluasan 69.3 hektar. Aktiviti recce ini diadakan bersama komuniti tempatan bagi melakukan tinjauan dan pemantauan mengenai pertumbuhan anak pokok yang telah ditanam di dalam kawasan projek, sesi dialog dan taklimat ringkas serta recce yang diadakan dibeberapa buah kampung yang terlibat.

Hasil tinjauan yang dibuat mendapati pokok yang ditanam oleh komuniti dari Long Bedian seperti pokok kapur paji (DBH 13cm ke 17cm) dan pokok asal spesis meranti seperti meranti sarang punai, meranti binatoh & meranti tembaga di kawasan hutan Long Bedian dan Long Sobeng tumbuh dengan baik iaitu telah membesar dari saiz ukur lilit asal 30cm ke 70cm lebih. Walaubagaimanapun, kebanyakan kawasan yang telah ditanam dengan pokok di kawasan Long Bedian telah diceroboh dan kayu-kayu yang berpotensi dalam kawasan tersebut telah diambil, kecuali di beberapa kawasan hutan yang dijaga oleh komuniti yang terlibat.

Pokok-pokok jenis meranti tembaga, meranti binatoh dan kapur paji yang ditanam  sekitar 2009 di Long Liam membesar sehingga dengan baik dengan DBH masing-masing 15cm ke 26cm dan 5cm ke 11cm dalam tempoh tersebut.

 

Dialog di Rh. Mantan Pemanca, Long Bedian

Dialog di Long Bemang

Dialog di Rh. KK. Jarau Braim Long Sobeng

Dialog dan taklimat di Rh. KK. Jarau Braim Long Sobeng

Dialog Long Aton – Rh. KK. Michael Kebing Abit

Dialog di Lapok – Rh. Encik Kajan

Penanaman pokok di kawasan Long Bedian di bawah  jagaan En. Wan Jok. Pokok-pokok yangditanam dan pokok asal yang terdiri daripada spesis meranti dan kapur paji tumbuh dengan baik

Meranti sarang punai

Kapur paji

Meranti binatoh

Foto En. Dawend Jiwan dan komuniti dari Long Bedian, En. Wan Jok bersama pokok dibawah jagaan beliau

Long Sobeng – Penanaman pokok dalam kawasan jagaan En. Maceng Pucho

Long Liam –  Penanaman pokok Meranti binatoh, Meranti tembaga dan Kapur paji

Kerja-kerja tinjauan yang dijalankan bersama komuniti terlibat menggunakan drone