loader

PROJEK PEMBINAAN PUSAT INTERPRETASI HEART OF BORNEO (HoB) SARAWAK DI KAYANGERAN, LAWAS (Update Disember 2019)

Pusat Interpretasi Heart Of Borneo (HoB) Sarawak terletak 10 hingga 15 km dari bandar Lawas, mengambil masa perjalanan kira-kira 10 hingga 20 minit. Tapak lokasi projek ini adalah bersebelahan dengan sungai kecil yang menjadi sempadan Hutan Simpan Kayangeran dan berdekatan dengan jalan raya utama menuju ke feri Kuala Lawas. Kerja-kerja pembinaan bahagian dalaman (interior) bangunan utama dan komponen lain seperti kawasan tempat letak kereta, menara tangki air dan lain-lain diteruskan oleh kontraktor yang dilantik. Berikut merupakan foto yang diambil sepanjang kerja-kerja pembinaan yang dijalankan untuk Pusat Interpretasi Heart Of Borneo (HoB) Sarawak.

Kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik

Status terkini bangunan utama Pusat Interpretasi Heart of Borneo. Gambar diambil pada 24 Disember 2019

Keratan akhbar Utusan Borneo, 18 Disember 2019

Lawatan tapak oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak  merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak ke Pusat Interpretasi Heart of Borneo pada 16  Disember 2019 bagi meninjau perkembangan terkini pembinaan pusat tersebut yang hampir siap.

Kerja-kerja pembersihan tapak untuk pembinaan tapak semaian Pusat Interpretasi Heart of Borneo berkeluasan 3 ekar (70m x 150m)