loader

Kerja-kerja tinjauan lokasi penanaman gaharu dan penandaan plot penanaman di kawasan Batang Ai, Lubok Antu Sri Aman

Projek Enrichment Planting in Batang Ai For Carbon Sequestration and Food Security to Mitigate Climate Change merupakan projek kerjasama diantara Bahagian Perhutanan Sosial (SFD) dan Bahagian Restorasi dan Hutan Industri (RIFD). Sesi Dialog/Randau Ruai serta survei dan  tinjauan untuk pengenalpastian lokasi untuk plot penanaman gaharu telah dijalankan di seluruh kawasan Batang Ai pada bulan June dan Ogos 2020. Aktiviti ini dijalankan bagi mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penanaman gaharu sempena Program Resotarasi Landskap Hutan di kawasan Batang Ai.

Imej drone yang diambil meliputi keseluruhan kawasan Batang Ai bagi mengenalpasti lokasi pulau untuk penanaman gaharu

Kerja-kerja penandaan line plot untuk penanaman gaharu bersama komuniti dari Rh. Manggat Menyang Taih, Ulu Menyang

Kerja-kerja penandaan line plot untuk penanaman gaharu bersama komuniti dari Rh. Mengiring, Ulu Mujok Julau