loader

Kerja-Kerja Survei sempena Program CEPA

Kerja-kerja survei sempena Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) ini telah diadakan di beberapa buah sekolah mengikut zon yang telah ditetapkan iaitu Zon Utara yang (Limbang dan Lawas) dan Zon Selatan (Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman). Bagi Zon Selatan, antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah di Lundu (SK Biawak, SK Stunggang Melayu dan SK Bumiputera), Sematan, Bau, Telaga Air dan Kuching (SK Telaga Air, SK Temenggung, SK Buntal, SMK Demak dan SK Santubong) yang dijalankan pada 11 – 13 Mac 2020 dan SK Nyelitak Sabal, Simunjan pada 10 – 12 September 2020. Manakala di Zon Utara pula, survei CEPA melibatkan  SK Karangan, SK Kpg. Luagan Sundar, SK Long Luping, SK Long Tengoa, SK Long Tuma, SK Merapok, SK Ulu Merapok, SK Purusia, SK Siang Siang, SK Trusan, SMK Sundar dan SMK Trusan yang diadakan pada 15 – 22 Februari 2020.

Aktiviti ini aadalah bertujuan untuk mengenalpasti sekolah-sekolah yang berpotensi serta berminat untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti di bawah Program CEPA dan seterusnya mendapatkan kerjasama dan mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan program ini pada tahun 2020. Antara aktiviti yang dibincangkan adalah penganjuran Taklimat CEPA dan Restorasi Landskap Hutan kepada pelajar sekolah, Aktiviti Penanaman Pokok dan penubuhan Projek Pendidikan In-Situ. Selain itu, tujuan survei ini juga adalah untuk menjalin kerjasama yang baik di kalangan warga sekolah dalam usaha penanaman semula pokok di sekitar kawasan sekolah. Pihak SFD turut menjalankan kerja-kerja tinjauan di sekitar kawasan sekolah bagi mengenalpasti lokasi tapak bagi penubuhan projek pendidikan in-situ, aktiviti penanaman dan keadaan persekitaran seperti jenis tanah dan sebagainya. Keutamaan pelaksanaan program diberikan kepada sekolah yang aktif melaksanakan aktiviti berteraskan hutan dan alam sekitar dan mempunyai Kelab Alam Sekitar atau kelab yang berkonsepkan alam semulajadi di sekolah masing-masing.

Selain itu, pihak SFD juga menjalankan survei di kawasan komuniti yang terlibat untuk penganjuran aktiviti CEPA seperti Sesi Dialog / Randau Ruai dan serta survei tapak penanaman bagi pelaksanaan aktiviti Penanaman Pokok.

SK Telaga Air, Kuching

SK Amanah, Lundu

SK Buntal, Kuching

SK Santubong, Kuching

SK Biawak, Lundu

SK Stunggang Melayu, Lundu

SK Temenggong, Telaga Air dan kawasan lapang untuk aktviti penanaman

SK Santubong:  Rangka Rumah Hijau yang memerlukan penyelenggaraan dan kawasaan di sekitar sekolah yang dicadang untuk aktiviti penanaman  

Taman Herba yang ditubuhkan oleh SK Bumiputera, Lundu

SK Long Luping, Lawas

SK Long Tengoa, Lawas

SK Purusia, Lawas

SK Merapok, Lawas

SK Ulu Merapok, Lawas