loader

Kerja-Kerja Penghantaran Bekalan Anak Ikan ke Sistem Tagang Rh. Manggat, Penanaman Bemban Komuniti Rh. Manggat dan Pengutipan Bemban untuk Program PembangunanNTFP Sarawak

Kerja-Kerja Pemantauan Sistem Tagang Rh. Manggat, Penanaman Bemban Komuniti Rh. Manggat dan Pengutipan Bemban untuk Program Pembangunan NTFP Sarawak telah dijalankan pada 4 hingga 10 Februari 2020. Antara aktivti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

Sesi Dialog/Randau Ruai bersama komuniti Rh. Manggat mengenai Sistem Tagang, pengutipan serta penanaman bemban.

 

Penghantaran 11,500 ekor anak ikan untuk Sistem Tagang Rh. Manggat (ikan patin – 6,000 ekor, ikan sultan – 3000 ekor, ikan lampam jawa – 2500 ekor)

Kerja-kerja menebas kawasan untuk plot penanaman bemban

Kerja-kerja penanaman 2,000 bemban di kawasan paya yang lapang yang dijalankan secara gotong-royong oleh komuniti Rh. Manggat dan pegawai serta kakitangan SFD

Kerja-kerja mengutip 2,000 bemban untuk Program NTFP Sarawak oleh komuniti Rh. Manggat. Anak bemban ini dibawa ke Sabal Agforestry Centre untuk semaian di nurseri

Penanaman 2,000 jambu air di sepanjang tebing sungai Sistem Tagang Rh. Manggat oleh komuniti rumah panjang tersebut