Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Restorasi Restorasi Landskap Hutan yang telah diadakan di Kem Kelesa, Ulu Baram pada November 2019. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah kerja-kerja mengumpul top soil dari kawasan sekitar, pembinaan tapak semaian sementara dan penyediaan potting, mengutip anak pokok liar dan anak pokok kopi dan penyemaian anak-anak pokok tersebut oleh pegawai dan kakitangan SFD yang terlibat. Secara keseluruhan sebanyak 8,998 anak pokok telah ditanam di tapak semaian yang terdiri daripada 5,528 anak pokok hutan seperti meranti sarang punai (49), urat mata (559) dan kapur paji (4,920) dan 3,470 anak pokok kopi.
Kerja-kerja pengumpulan tanah (top soil) di kawasan berhutan di sekitar kem untuk penyediaan potting
Potting yang telah disediakan untuk kerja-kerja penanaman anak pokok yang dikutip |
Pembinaan tapak semaian sementara |
Penyemaian anak-anak pokok yang dikutip