Pengurusan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian
Kerja-kerja pengurusan, penyelenggaraan tapak semaian serta pemantauan tanaman dijalankan sepanjang masa oleh pegawai dan kakitangan SFD serta Pejabat-pejabat Hutan Wilayah dan Daerah dan dibantu oleh komuniti tempatan yang telah diambil sebagai pekerja di nurseri. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada penggal kedua tahun 2019 adalah kerja-kerja mengutip/mengumpul dan seterusnya kerja-kerja penananam biji benih/anak pokok hutan/liar penyelenggaraan dan pembesaran tapak semaian dan sebagainya yang melibatkan ketiga-tiga tapak semaian iaitu di Sabal Agroforestry Centre, Simunjan, Sarawak Tree Improvement Centre (STIC), Sibu dan Niah Forest Research Centre (FRC).
Kerja-kerja pembesaran tapak semaian di Sabal Agroforestry Centre yang dijalankan oleh kakitangan Jabatan dan komuniti rumah panjang di sekitar Sabal
Penambahan tapak semaian di Sabal seluas 572m2 yang berupaya menempatkan sebanyak 10,000 anak pokok
Kerja-kerja membaik pulih netting di tapak semaian yang rosak akibat angin kencang