loader

Pembinaan Fasiliti Sistem Tagang Rh. Manggat, Ulu Menyang dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) – Fasa Akhir

Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak dan Sarawak Energy Berhad telah melaksanakan Sistem Tagang Rh. Manggat yang telah mula dilaksanakan pada January 2018. Sistem Tagang ini berkonsepkan Tagang Sangkar melalui pemasangan jaring pada kawasan zon tagang. Pada tahun 2019, kerja-kerja menaiktaraf fasiliti sistem tagang telah dilaksanakan dan siap sepenuhnya (fasa akhir) pada bulan September 2019. Secara keseluruhan projek ini melibatkan kawasan Zon Tagang berkeluasan 4 kilo meter persegi (4km2) manakala fasiliti yang telah siap dibina sepenuhnya adalah 3 buah pelantar (tourist transit, fish breeding & fish spa) yang siap pada Mei 2019; pemasangan 2 utas pukat sepanjang 125m setiap satu dengan kedalaman 25m (keluasan 4,940m2); pemasangan satu (1) unit sangkar berukuran 20m x 20m dengan kedalaman 3m yang telah siap sepenuhnya pada September 2019.

Kerja-kerja pembelian, penghantaran dan pengangkutan bahan-bahan binaan ke Rh. Manggat, Menyang Taih kerja-kerja pembinaan fasiliti Sistem Tagang

Kerja-kerja menjahit/penyambungan jaring dan pemasangan float pada jaring dilakukan secara gotong–royong oleh pegawai dan kakitangan JHS serta komuniti Rh. Manggat

 

Kerja-kerja pemasangan dua utas pukat di Zon Tagang sepanjang 125m setiap satu dengan kedalaman 25m (4,940 m2) merentangi pulau kecil ke tebing tanah besar

Fasa terakhir penyiapan fasiliti Sistem Tagang Rh. Manggat yang merangkumi pemasangan SATU (1) unit sangkar berukuran 20m dengan kedalaman 3m bagi menempatkan pelantar fish breeding