loader

Majlis Penyerahan Bahan-Bahan Binaan Bumbung Rumah kepada Komuniti Penan di Kawasan Selaan, Ulu Baram

Projek membekalkan bahan-bahan binaan bumbung rumah kepada komuniti Penan di sepanjang Sg. Selaan, Ulu Baram iaitu 186 pintu di kampung Long Murung, Long Ajeng, Long Lamam dan Ba’Sebateu merupakan salah satu inisiatif Jabatan Hutan Sarawak melalui Bahagian Perhutanan Sosial dengan menggunakan peruntukan Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan (CESS Fund).

Simbolik penyerahan bahan-bahan binaan kepada wakil komuniti Penan di setiap kampung telah diadakan pada 2 November 2019 di Kem Kelesa, Ulu Baram. Kerja-kerja penghantaran bahan-bahan binaan bumbung tersebut akan dibekalkan kepada komuniti Penan yang terlibat pada tahun 2020.

No.

Kampung/Jumlah Barang

Atap spandex (keping)

Ridge capping (keping)

Paku bumbung (kg)

1

Long Murung

870

145

87

2

Long Ajeng

1,580

264

158

3

Long Lamam

2,340

390

234

4

Ba’Sebateu

900

150

90

Jumlah keseluruhan

5,690

949

569

Jadual 4.4: Pengagihan roofing materials mengikut kampung

Taklimat bersama wakil komuniti Penan dari Long Murung, Long Ajeng, Long Lamam dan Ba’Sebateu untuk memaklumkan mengenai pengagihan bahan-bahan-binaan bagi Projek Roofing Materials.

Sesi Penyampaian mock voucher kepada wakil komuniti Penan dari Long Murung, Long Ajeng, Long Lamam dan Ba’Sebateu oleh Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden bin Haji Mohammad sebagai simbolik penyerahan bahan-bahan bagi Projek Roofing Materials