loader

Kerja-kerja Mengumpul/ Mengutip Biji Benih, Anak Pokok Hutan (Wild Seedlings), Herba dan Pokok Ubat-ubatan

Kerja-kerja pengumpulan anak benih pokok hutan, herba dan pokok ubat-ubatan diteruskan pada bulan Julai, September dan November 2019 di kawasan Kuching (Ulu Landeh & Padawan), Sabal, Sebangkoi, SK Adin Sarikei dan Sibu. Jumlah keseluruhan anak benih yang dikutip adalah 38,071 bagi spesis dipterokap dan bukan dipterokap seperti belian, pelbagai spesis meranti, selunsor putih, selunsor merah, bintangor dan serta spesis herba dan pokok ubat-ubatan dan sebagainya.

 

BIL.

LOKASI PENGUMPULAN BIJI BENIH/

ANAK POKOK HUTAN

TARIKH

KUANTITI

1.

Ulu Sg. Landeh, Pedawan, Sabal, Simunjan & Sibu

26 – 16 Jul 2019

24,871

2.

Sabal

10 – 15 Sept 2019

2,374

3.

Ulu Landeh, Padawan, Sabal, Sarikei & Sibu

24 – 29 Sept 2019

735

4.

Ulu Sg. Landeh & Padawan

14 & 18 Nov 2019

3,745

5.

Ulu Sg. Landeh & Padawan

20 & 21 Nov 2019

4,080

6.

Ulu Sg. Landeh & Padawan

27 & 28 Nov 2019

2,266

 

JUMLAH KESELURUHAN

38,071

 

Kerja-kerja mengutip/mengumpul anak pokok hutan yang dijalankan oleh kakitangan SFD seperti pelbagai spesis meranti, selunsor putih, selunsor merah, bintangor dan serta spesis herba dan pokok ubat-ubatan dan sebagainya.

Antara spesis anak pokok hutan yang dikutip sepanjang tempoh Julai hingga September 2019.

Geronggang (Cratoxylum aborescens)

Meranti melantai (Shorea macroptera)

Selunsor merah (Tristanipsis beccari)

Sepetir (Sindora leiocarpa)

Meranti telur (Shorea retusa)

Luis kerangas (Hopea micrantha)

Meranti kerangas (Shorea palidiifolia)

Ramin (Gonystylus xylocarpus)

Kerja-kerja mengutip/mengumpul biji belian pada bulan November 2019 di kawasan Ulu Landeh dan Padawan oleh kakitangan SFD yang turut di bantu oleh Pengawas Hutan (FOTRAIN). Sebanyak 10,091 biji belian telah dapat dikumpulkan dan dihantar ke tapak semaian Sabal Agroforestry Centre dan STIC, Oya untuk disemai