loader

Karnival Non-Timber Forest Products (NTFP) 2019 sempena Sambutan Ke 100 Tahun Jabatan Hutan Sarawak

Jabatan Hutan Sarawak (JHS), melalui Bahagian Perhutanan Sosial (SFD) sekali lagi telah berjaya mengadakan Karnival Non-Timber Forest Products (NTFP) Sarawak 2019 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Jabatan Hutan Sarawak. Karnival ini berlangsung selama TUJUH (7) hari bermula pada 14 hingga 20 Ogos 2019 bertempat di Waterfront Kuching. Penganjuran karnival untuk kali ke-4 ini adalah pada skala yang lebih besar iaitu melibatkan 70 buah gerai jualan dan pameran yang bukan sahaja disertai oleh komuniti tempatan, agensi dari dalam dan luar negeri malah turut menglibatkan usahawan daripada organisasi luar negara seperti Indonesia, Nepal, Philippines, Cambodia dan Laos  bagi meluaskan lagi jaringan pemasaran produk-produk NTFP Sarawak. Penglibatan pelbagai agensi dari dalam dan luar negara ini adalah bertepatan dengan dengan tema Karnival NTFP 2019 iaitu ‘Advancing Partnership for Sustainability’.

Karnival NTFP 2019 telah melibatkan penyertaan seramai 190 ORANG PESERTA yang terdiri daripada (i) 98 orang komuniti seluruh negeri Sarawak iaitu dari kawasan Heart of Borneo (HoB), Projek Penempatan Semula Hidroelektrik (HEP) serta kawasan pesisir; (ii) 32 orang usahawan daripada organisasi luar negara iaitu Indonesia, Nepal, Philippines, Cambodia dan Laos serta; (iii) 60 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan komuniti/usahawan di bawah agensi dalam dan luar negeri. Pelbagai produk NTFP dari kawasan masing-masing telah laris terjual sepanjang karnival berlangsung.

Karnival NTFP 2019 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak  yang telah diwakili oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar pada 14 Ogos 2019 bertempat di Waterfront Kuching. Manakala, Majlis penutupan Karnival NTFP telah disempurnakan oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar pada 20 Ogos 2019.

Secara keseluruhan dalam tempoh tujuh (7) hari karnival berlangsung, hasil jumlah jualan produk NTFP oleh semua peserta adalah RM295,373.70, iaitu peningkatan lebih kurang 3 kali ganda daripada penganjuran tahun-tahun sebelumnya. Daripada jumlah ini, RM235,102.70 (79.60 %) adalah rekod jualan produk NTFP oleh komuniti tempatan, RM31,156.00 (10.55 %) daripada organisasi luar negara dan RM23,136.00 (7.89%) daripada usahawan di bawah agensi tempatan.

Penganjuran karnival pada  kali ini merupakan kesinambungan usaha pihak Jabatan dalam membangunkan NTFP di Sarawak di samping memperkukuhkan jalinan kerjasama Jabatan dan agensi kerajaan, bukan kerajaan serta badan korporat sekaligus membina dan memperluas jaringan perniagaan dan pemasaran serantau bersama usahawan antarabangsa dalam memperkenal, mempromosi serta memasarkan produk NTFP yang dihasilkan oleh komuniti Sarawak.

Selain daripada pameran dan jualan produk NTFP komuniti, karnival juga turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian program seperti Pameran 100 Tahun Jabatan Hutan Sarawak, persembahan pentas, aktiviti-aktiviti pertandingan bagi penyertaan orang awam, cabutan bertuah dan sebagainya yang telah berjaya menarik lebih daripada 7,000 pengunjung ke tapak karnival.

Berikut merupakan foto-foto gerai-gerai jualan produk NTFP, agensi-agensi tempatan dan antarabangsa yang menyertai karnival dan aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang Karnival NTFP Sarawak 2019.

Gerai dan produk NTFP komuniti dari Zon Utara (Limbang & Lawas)

Gerai dan produk NTFP komuniti dari Zon Timur (Miri, Ulu Baram, Bario & Marudi)

Gerai dan produk NTFP komuniti dari Zon Tengah (Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah & Bintulu)

Gerai dan produk NTFP komuniti dari Zon Selatan (Kuching, Lundu, Serian dan Sri Aman)

Himalayan Grassroots Women Natural Resource Management Association (HIMAWANTI), Nepal

Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia – Betung Kerihun Danau Sentarum National Park

Eva Marie Arts & Crafts, Delza’s Native Products, Lolo Bobby Handicraft & Rowilda’s Loomweaving, Philippines

Reakossa Arts, Cambodia

Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (Sri Gading, Lundu)

Sarawak Craft Council (SCC)

CRAUN Research

 (STIDC)

Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak

Sarawak Pay

Association of Research Development & Movement of Singai Sarawak (REDEEMS)

Sarawak Biodiversity Centre (SBC)

Jabatan Perhutanan Sabah

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)

Harwood Timber Sdn Bhd

Majlis Perasmian Karnival NTFP Sarawak 2019 yang disempurnakan oleh YB Datu Haji Len Talif  Salleh, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar  pada 14 Ogos 2019 sebagai wakil kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Datuk Abang Haji Openg,Ketua Menteri Sarawak

Majlis Penutupan Karnival NTFP Sarawak 2019 dan cabutan tiket bertuah utama yang disempurnakan oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar pada 20 Ogos 2019

NTFP Nopeng Show (Bermukun)

Knowledge Across Border: From Forest To You

NTFP Kids Fashion Show Competition 2019

NTFP Sarawak 2019 Concert

NTFP Musical Ethnic Show Sarawak 2019

NTFP Anyaman 2019 Competition

NTFP Zumba 2019

NTFP Nyumpit Competition

NTFP Kids Colouring Contest

The Voice of NTFP

NTFP Treasure Hunt in Conjunction with 100 years

NTFP Local Band Show

Aktiviti-aktiviti pertandingan yang dianjurkan sepanjang karnival menawarkan hadiah-hadiah yang menarik kepada peserta yang merupakan sumbangan daripada beberapa pihak penaja seperti berikut:

Agensi

Syarikat Pembalakan

1. Sarawak Timber Association (STA)

2. Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)

3. Sarawak Energy Berhad (SEB)

4. Craun Research Sdn. Bhd.

1. Harwood Timber Sdn. Bhd.

2. Lee Ling Timber Sdn. Bhd.

3. Samling Group of Companies

4. Shin Yang Group of Companies

5. Ta Ann Holdings Berhad

6. WTK Group of Companies

7. KTS Group of Companies

Agensi Pelancongan

Lain-lain

1. Inter-Continental Travel Centre (ITC)

2. Wah Tung Travel Service Sdn. Bhd.

3. Tanahmas Travel

1. Riverside Majestic Hotel

2. Harbour View Hotel Kuching

3. Syarikat Rashila Maju

4. Corpremium Sdn. Bhd.

5. EZ Bistari Sdn. Bhd.

6. Kaizen Quality

7. Eco Hardware

8. EL3 & Veronie Enterprise

9. Ting Trading