Taklimat CEPA & Restorasi Sumber Hutan serta Program Restorasi Landskap Hutan di SMK Trusan, Lawas
Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) telah diadakan di SMK Trusan Lawas yang melibatkan penganjuran beberapa aktviti seperti Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber Hutan. Program ini telah melibatkan 100 orang pelajar Tingkatan 2 dari sekolah tersebut yang telah diadakan pada 8 November 2019.
Selain itu, pihak SFD juga turut menjalankan kerja-kerja pengenalpastian pokok di kawasan berhutan di sekitar sekolah untuk Projek Pembinaan Denai Hutan Semulajadi serta membuat penandaan plot penanaman sebanyak 345 pole untuk Aktiviti Penanaman Pokok sempena Program Restorasi Landskap Hutan pada 6 hingga 10 November 2019. Terdapat kira-kira 93 spesies pokok dan herba telah dikenalpasti dan ditanda di kawasan berhutan di belakang sekolah tersebut dan 34 spesis di dalam kawasan sekolah. Projek dan aktiviti ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2020.
Sesi Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber Hutan
Kuiz Hutan dan Restorasi yang melibatkan pelajar
Foto peserta program bersama guru dan fasilitator dari SFD
Kerja-kerja pengenalpastian pokok di kawasan berhutan di sekitar dan di dalam kawasan sekolah serta penandaan plot-plot untuk aktiviti penanaman pokok yang dilaksanakan oleh pegawai dan kakitangan SFD serta dibantu oleh 6 orang Pengawas Hutan (FOTRAIN) yang sedang menjalani latihan di SFD.