Taklimat CEPA & Restorasi Sumber Hutan serta Program Restorasi Landskap Hutan di SK Melugu, Sri Aman
Program Komunikasi Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di SK Melugu, Sri Aman telah diadakan pada 14 hingga 15 November 2019. Program ini melibatkan dua aktiviti pengisian iaitu Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber Hutan serta Majlis Perasmian Aktiviti Penanaman Pokok Hutan di kawasan sekolah sempena Program Restorasi Landskap Hutan. Sebelum pelaksanaan program, pihak SFD telah mengadakan perbincangan bersama pihak sekolah pada 17 September 2019 yang melibatkan kerja-kerja survei dan lawatan tapak bagi mengenalpasti tapak penanaman dan kesesuaian keadaan persekitaran (jenis tanah, pemilihan spesis dll.).
Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber Hutan telah diadakan pada 14 November 2019 yang melibatkan 51 orang pelajar tahun 6 dan 10 orang guru yang membantu sepanjang perjalanan program. Program CEPA ini bertujuan bagi memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan hutan dan alam semulajadi serta restorasi sumber hutan. Program ini telah berlangsung selama SATU (1) HARI dengan pelbagai pengisian modul seperti taklimat dan aktiviti berkumpulan serta beberapa modul lain yang berteraskan hutan dan alam semulajadi,.
Pihak Jabatan Hutan Sarawak melalui Bahagian Perhutanan Sosial (SFD) telah membekalkan sejumlah 100 anak pokok hutan yang terdiri daripada pelbagai spesis seperti ranggu, belian, engkabang jantung, meranti, herba, pokok ubat-ubatan dan sebagainya kepada SK Melugu untuk ditempatkan di Taman Herba dan ditanam di sekitar kawasan sekolah.
Majlis Perasmian Aktiviti Penanaman Pokok sempena Program Restorasi Landskap Hutan di SK Melugu, Sri Aman ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah pada 15 November 2019 dan telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Azahari bin Omar, Pemangku Penolong Pengarah Hutan Kanan, Bahagian Lesen Ladang Hutan (LPF).
Selain itu, sesi penyerahan anak pokok juga diadakan semasa Majlis Perasmian tersebut seperti berikut:
Bil. | Nama Penerima | Engkabang jantong | Meranti Sarang Punai | Jumlah anak pokok |
1. | PIBG SK Melugu | 50 | 50 | 100 |
2. | SK Batu Lintang, Sri Aman | 5 | 5 | 10 |
3. | SK Selanjan, Sri Aman | 5 | 5 | 10 |
4. | JKKK Rh. Abu, Skim Melugu, Sri Aman | 100 | – | 100 |
5. | JKKK Rh. Majeng, PO-AI, Sri Aman | 100 | – | 100 |
JUMLAH KESELURUHAN | 320 |
Sesi Taklimat, Perbincangan dan Lawatan Tapak serta Penyerahan Bekalan anak pokok kepada SK Melugu, Sri Aman
Sesi Taklimat, Perbincangan dan Lawatan tapak ke SK Melugu, Sri Aman telah diadakan pada 17 September 2019
Sesi penyerahan anak pokok kepada SK Melugu telah diadakan pada 22 Oktober 2019 di tapak semaian Sabal Agroforestry Centre. Sebanyak 100 anak pokok hutan yang terdiri daripada pelbagai spesis seperti ranggu, belian, engkabang jantung, meranti, herba, pokok ubat-ubatan dan sebagainya telah dibekalkan kepada pihak sekolah.
Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber Hutan
Sesi pendaftaran. Peserta diberikan baju-T, buku nota dan alat tulis untuk kegunaan sepanjang program | Peserta melakukan gerakan bagi Sorak CEPA “Explore, Learn & Protect” |
Sesi Ice Breaking (Pengenalan Diri & Membina Kumpulan) yang melibatkan aktiviti Guess the Animal yang menguji kepantasan berfikir peserta untuk mengenalpasti haiwan melalui ciri-cirinya dengan kaedah “Deduction Skill” dan mengeluarkan bunyi serta aksi melalui gambar haiwan yang telah diberikan.
Sesi Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber Hutan melalui slaid pembentangan mengenai pengenalan kepada jenis-jenis hutan di Sarawak, kegunaan serta kepentingan hutan, kesan-kesan kemusnahan hutan serta restorasi dan kepentingannya
Environmental Art: Peserta diminta untuk menghasilkan lukisan sebagai salah satu cara menyungkil bakat-bakat seni menggunakan sumber alam semulajadi diikuti oleh sesi pembentangan mengenai hasil seni kumpulan masing-masing.
Penyampaian sijil dan cenderahati kepada Guru Besar, guru dan peserta CEPA serta fasilitator daripada SFD
Majlis Perasmian Aktiviti Penanaman Pokok sempena Program Restorasi Landskap Hutan
Ucapan Perasmian oleh Tuan Hj. Azahari bin Omar, Pemangku Penolong Pengarah Hutan Kanan, Bahagian Lesen Ladang Hutan (LPF) |
Simbolik Perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Hj. Azahari bin Omar diiringi oleh GB SK Melugu dan VIP jemputan
Upacara penyerahan anak pokok hutan kepada SK Melugu (100 anak pokok), SK Batu Lintang dan SK Selanjan, Sri Aman serta komuniti PIBG dari 10 buah rumah panjang (120 anak pokok) serta dua (2) buah rumah panjang (100 anak pokok /rumah)
Simbolik aktiviti penanaman pokok hutan di kawasan sekolah oleh Tuan Hj. Azahari bin Omar dan oleh GB SK Melugu
Peserta CEPA (tengah) bersama fasilitator, guru-guru SK Melugu dan pegawai serta kakitangan Jabatan Hutan Sarawak yang terlibat sepanjang penganjuran Program CEPA di SK Melugu