Bahagian Perhutanan Sosial telah menjalankan kerja-kerja membekalkan bahan-bahan binaan bagi pembinaan Pondok Rekreasi dan Jambatan di Kolam Ikan, SK Ulu Engkari, Lubok Antu, Sri Aman. Pelaksanaan projek ini telah mendapat tajaan peruntukkan daripada M.M. Golden (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama WTK Group of Companies berjumlah RM11,714.00 bagi pembelian bahan-bahan binaan untuk projek tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak SFD telah menjalankan kerja-kerja pembelian dan penghantaran bahan-bahan binaan ke sekolah tersebut bermula pada 11 hingga 14 Disember 2019 yang lalu. Kerja-kerja pembinaan projek ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2020.