Projek Pendidikan In-Situ: Membekalkan Anak Pokok Hutan dan Bahan Pameran bagi Master Sustainability Project by Scania di SK Nanga Ajau, Betong
Master Susatainability Project by Scania merupakan projek yang dilaksanakan oleh Scania Malaysia di SK Nanga Ajau, Betong dengan kerjasama International College of Advanced Technology (i-CATS) dan Sarawak Biodiversity Centre (SBC). Projek ini telah mendapat sumbangan dana berjumlah RM20,000.00 daripada Scania Malaysia bagi pembinaan dua (2) komponen projek iaitu Sustainable Gallery dan Sustainable Green Botanical Garden dengan tema Building Tomorrow’s Sustainability Leaders, Today.
Jabatan Hutan Sarawak melalui Bahagian Perhutanan Sosial (SFD) juga telah terlibat di dalam projek ini dengan membekalkan anak-anak pokok untuk ditempatkan di tapak semaian dan ditanam di sekitar kawasan sekolah serta bahan-bahan pameran bagi galeri tersebut. Kerja-kerja persediaan telah dilaksanakan oleh pegawai dan kakitangan SFD dan Pejabat Hutan Wilayah Kuching yang merangkumi pemasangan bahan-bahan pameran dan penghantaran bekalan anak pokok secara berperingkat serta pemasangan label pokok yang ditempatkan di tapak semaian bermula pada 11 – 21 November 2019.
Majlis Perasmian Master Sustainability Project by Scania telah disempurnakan oleh Mr. Ian Tan, Bussiness Development Director, Scania Southeast Asia pada 21 November 2019. Majlis turut dihadiri oleh YB Mr. Gerald Rentap ak Jabu, DUN N36 Layar, En. Abg, Ahmad bin Abg. Morni, Pemangku Timbalan Pengarah Hutan II dan wakil dari i-CATS, pelajar dan guru SK Nanga Ajau serta komuniti dari kawasan sekitar.
Sesi Lawatan ke tapak projek bersama pihak sekolah dan tinjauan ke kawasan sekitar bagi mengenalpasti kesesuaian kawasan untuk aktiviti penanaman pada 22 Oktober 2019
Taklimat oleh Cikgu Rosalind Jerman selaku Guru Penyelaras Projek mengenai Master Sustainability Project by Scania | Taklimat mengenai Program CEPA dan Restorasi Landskap Hutan yang dilaksanakan oleh JHS |
Kerja-kerja penghantaran bekalan anak-anak pokok ke SK Nanga Ajau yang telah dijalankan pada 11 & 15 November
Pihak SFD telah membekalkan sebanyak 318 anak pokok hutan yang terdiri daripada 20 spesis NTFP dan herba (118 pokok) serta 20 spesis pokok kayu hutan/timber species (200 pokok) untuk ditempatkan di tapak semaian Sustainable Green Botanical Garden dan ditanam di sekitar kawasan sekolah. Pokok yang ditempatkan di nurseri turut dilabel dengan informasi seperti nama tempatan, nama famili & nama saintifik.
Kerja-kerja pemasangan bahan-bahan pameran di Sustainable Gallery. 150 unit poster bersaiz A3 telah disediakan untuk mengisi ruang panel pameran di galeri ini.
Sustainable Gallery yang telah siap sepenuhnya. Informasi yang dipamerkan yang merangkumi informasi mengenai Pengenalan kepada Hutan Dunia dan Sarawak, Hutan dan Manusia (fungsi, kegunaan dan kepentingan hutan serta kesan-kesan kemusnahan hutan), spesis-spesis terlindung, NTFP dan herba dan sebagainya.
Tetamu VIP dan tetamu jemputan yang menghadiri Majlis Perasmian Master Sustainability Project by Scania.
Simbolik perasmian dan aktiviti penanaman pokok oleh Mr. Ian Tan, Bussiness Development Director, Scania Southeast Asia.
En. Abg, Ahmad bin Abg. Morni, Pemangku Timbalan Pengarah Hutan dan pegawai SFD memberi penerangan kepada pihak Scania mengenai sumbangan pihak Jabatan dalam Master Sustainability Project by Scania