loader

PROJEK PEMBINAAN PUSAT INTERPRETASI HEART OF BORNEO (HoB) SARAWAK DI KAYANGERAN, LAWAS

Pusat Interpretasi Heart Of Borneo (HoB) Sarawak terletak 10 hingga 15 km dari bandar Lawas, mengambil masa perjalanan kira-kira 10 hingga 20 minit. Tapak lokasi projek ini adalah bersebelahan dengan sungai kecil yang menjadi sempadan Hutan Simpan Kayangeran dan berdekatan dengan jalan raya utama menuju ke feri Kuala Lawas. Kerja-kerja pembinaan bangunan utama pusat ini telah bermula pada 14 Ogos 2017 yang terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu galeri, bilik audiovisual, pejabat, kedai cenderahati, dewan serbaguna dan kafeteria.

Lakaran Pusat Interpretasi Heart Of Borneo (HoB) Sarawak

Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik

Bangunan utama pusat interpretrasi yang telah siap pada Jun 2019

 

Pandangan dari atas (aerial view)