loader

Kerja-kerja survei bagi Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA)

Bahagian Perhutanan Sosial bercadang akan mempergiatkan lagi usaha dalam melaksanakan Program CEPA untuk tahun 2020 bagi melibatkan lebih ramai penglibatan pelajar dan guru sekolah terutama sekali dalam memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya hutan dan alam semulajadi kepada manusia sejagat serta restorasi sumbernya. Kerja-kerja survei dan perbincangan bersama pihak sekolah di mula dijalankan di sekolah-sekolah di kawasan Zon Utara bermula pada 17 hingga November 2019 dan telah melibatkan lebih daripada 15 buah sekolah dari kawasan Limbang dan Lawas. Survei ini bertujuan bagi mengenalpasti sekolah-sekolah yang berminat untuk terlibat dalam Program CEPA serta menjalankan tinjauan di kawasan sekitar sekolah bagi mengetahui potensi dan kesesuaian untuk pelaksanaan aktiviti penanaman pokok pada masa akan datang.

Kerja-kerja survei bagi pelaksanaan Program pada CEPA tahun 2020 yang dijalankan oleh pegawai dan kakitangan dari SFD dan DFO Lawas. Antara sekolah yang terlibat adalah SK Karangan, SK Long Tengoa, SK Siang Siang, SK Long Luping, SK Purusia, SK Long Sebangan, SK Merapok, SK Ulu Merapok, SMK Merapok, SK Trusan, SK Sundar, SK Luagan Sundar dan beberapa buah sekolah lain.