loader

Sesi Dialog dan Kerja-kerja Survei bagi projek membekal bahan-bahan binaan bumbung rumah untuk komuniti Penan di sepanjang Sungai Selaan, Ulu Baram & Pembinaan Empangan Mikrohidro Eletrik di Long Kerong, Ulu Baram di bawah Projek CESS Fund.

Sesi dialog bersama komuniti di Long Ajeng
Sesi dialog bersama komuniti di Long Lamam
Sesi dialog bersama komuniti di Long Murung
Sesi dialog bersama komuniti di Long Sebateu

Hasil dialog dan survei komuniti menyatakan persetujuan bahawa pihak Jabatan hanya membekal dan menghantar tiga (3) jenis bahan binaan untuk bumbung rumah (roofing materials) sahaja iaitu UNIDEX Spandex Roofing, Unidex Ridge Capping dan Nails with Neoprene (paku payung) ke tapak projek atau kawasan yang dipersetujui bersama.

Hasil dialog dan survei, komuniti  di Long Kerong, Ulu Baram bersetuju dengan cadangan pihak Jabatan iaitu pembinaan empangan mikrohidro elektrik di Long Kerong ditukar kepada pembinaan empangan mini bekalan air graviti untuk bekalan air bersih. Bahan-bahan binaan yang telah dihantar pada tahun 2018 masih dalam keadaan yang baik.