loader

Pengumpulan Biji Benih untuk Projek Restorasi oleh Komuniti Tempatan

Buah / biji benih yang dikutip oleh komuniti dari Rh. Anthony Bau, Ulu Mujok, Sarikei disemai di tapak semaian di STIC Oya dan Sabal Agroforestry Centre yang terdiri daripada engkabang jantong (Shore macrophylla) (3250), ensurai (Dipterocarpus oblongifolius), bilat (2150), dan pitoh sungai/ayer (Swintonia acuta)

Kerja-kerja mengutip biji benih oleh komuniti Penan dan kakitangan jabatan di kawasan Ulu Baram. Antara spesis pokok hutan yang dikutip adalah Urat Mata Putih (Parashorea smythiesii – 69,000), Meranti Binatoh (Shorea argentifolia-30,600) & Meranti Sarang Punai (Shorea parvifolia-33,790)

Kerja-kerja pengumpulan biji benih di kawasan Ulu Landeh. Dari kiri: Meranti langgai bukit (Shorea pinanga – 1000), Meranti tembaga (Shorea leprosula) – (3000) & Belian (Eusideroxylon zwagerii – 300)

 

Pengumpulan biji benih engkabang jantong (Shorea macrophylla) di Sabal dan Semengok  –  ~10,000 biiji

Kerja-kerja pengumpulan anak pokok hutan (wild seedlings) diteruskan di kawasan Kuching (Matang, Serapi & Kubah), Sebangkoi Sarikei dan Oya, Sibu pada bulan Jun 2019. Antara spesis yang telah dikuitp Kapur keladan, Kapur kelansau, Meranti paya bersisik, Nemesu, tegelam, Meranti tembaga  dan sebagainya. Jumlah keseluruhan anak benih yang dikutip 24,871. Anak benih pokok hutan di ditanam di tapak semaian STIC, Oya dan Niah FRC.


Anak benih pokok hutan yang dikutip di ditanam di tapak semaian STIC