loader

Majlis Pelancaran Program Restorasi Landskap Hutan Sarawak 2019 di Sabal Agroforestry Centre, Simunjan

Majlis Pelancaran Program Restorasi Landskap Hutan Sarawak 2019 telah diadakan pada 15 Jun 2019 di Sabal Agroforestry  Centre, Simunjan yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Upacara simbolik Majlis Pelancaran Program Restorasi Hutan Sarawak 2019 yang telah disempurmakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JHS dengan Sarawak Energy Berhad (SEB), MUDeRN, Shell Malaysia Berhad dan Japan Malaysia Association

Aktiviti Penanaman Pokok oleh YAB Ketua Menteri Sarawak serta tetamu VVIP jemputan  di kawasan Sabal, Simunjan

Tapak semaian di SAC yang diurus oleh pihak SFD ini menempatkan jumlah anak pokok spesis hutan yang terbanyak iaitu 91,240 yang terdiri daripada spesis dipterokap, bukan dipterokap, NTFP dan sebagainya.