loader

Sistem Tagang Rh. Manggat, Ulu Menyang dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB): Pembinaan Fasiliti Tagang

Sistem Tagang Rh. Manggat telah mula dilaksanakan pada Jan 2018 dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Sarawak Energy Berhad (SEB). Sistem Tagang ini berkonsepkan Tagang Sangkar melalui pemasangan jaring pada kawasan zon tagang. Pada tahun 2019, kerja-kerja menaiktaraf fasiliti sistem tagang telah dijalankan oleh SFD seperti gambarajah di bawah.

PELANTAR 1: Persinggahan pengunjung (tourist transit) ke Sistem tagang

PELANTAR 2: Pembenihan ikan (fish fry farming) dan penyelenggaraan

PELANTAR 3: Aktiviti spa ikan (bathing and foot massage)

Tiga (3) Pelantar yang telah siap dibina. Dari kiri: Fish spa, Fish fry farming & Tourist transit

Kerja-kerja pesediaan untuk penyambungan pukat dan pelampung (2 connecting trawl nets with floats) sepanjang 100m yang akan dipasang kawasan tagang pada Jul 2019.