Program Bersama Jabatan sempena Majlis Perasmian Projek Pendidikan In-Situ di Sekolah di Daerah Sarikei
- Dianjurkan pada 19 & 20 MAC 2019 bagi merasmikan Projek Pendidikan In-Situ yang telah dibina di dua (2) sekolah di Daerah Sarikei iaitu Galeri Perhutanan Sekolah di SK Abang Haji Matahir dan Projek Rangka Rumah Hijau untuk Taman Orkid dan Herba di SK St. Andrew, Sarikei;
- Projek ini mendapat sumbangan dana daripada M. Golden Sdn. Bhd. dengan kerjasama WTK Group of Companies untuk pembelian bahan-bahan binaan manakala bagi reka bentuk galeri, kerja- kerja pembinaan dan penyediaan bahan-bahan pameran menggunakan Peruntukan Kerajaan Negeri dan dilaksanakan sepenuhnya pegawai dan kakitangan JHS;
- Program ini juga diadakan bersempena Sambutan 100 Tahun Jabatan Hutan Sarawak dan menepati tema Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2019 iaitu ‘Hutan dan Pendidikan’ (‘Forests and Education’).
Projek Rangka Rumah Hijau untuk Taman Orkid dan Herba di SK St. Andrew, Sarikei.
Sejumlah 100 anak pokok yang terdiri daripada lebih 30 spesis herba, pokok ubat-ubatan dan bunga ditanam di taman ini. Label disertakan untuk setiap tumbuhan yang terdapat di taman seperti nama saintifik dan nama tempatan serta informasi mengenai kegunaan/kebaikan untuk kesihatan/dari sudut perubatan.
Projek Rangka Rumah Hijau untuk Taman Orkid dan Herba di SK St. Andrew, Sarikei yang telah dirasmikan oleh YBhg. Pengarah Hutan Sarawak, En. Hamden bin Haji Mohammad
Galeri Perhutanan Sekolah SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Dilengkapi dengan pelbagai bahan pameran untuk tujuan pendidikan dan kesedaran seperti poster mengenai jenis-jenis hutan dunia dan Sarawak, replika gua dan air terjun, hutan dan manusia, flora yang fauna yang terlindung, spesimen serangga, NTFP dan sebagainya
Upacara menandatangani dan penyerahan Memorandum Jalinan Pendidikan antara pihak JHS dan SK Abang Haji Matahir serta upacara menandatangani plak sebagai simbolik perasmian oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak
Aktiviti Penanaman Pokok di SK St. Andrew, Sare Sarikei
Simbolik aktiviti penanaman pokok oleh Pengarah Hutan dan tetamu VIP jemputan. Pihak JHS telah membekalkan kira 70 anak pokok dari pelbagai spesis pokok hutan seperti Meranti, gaharu, bungkang dan sebagainya.
Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber
- Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber turut diadakan melibatkan 80 orang pelajar sekolah dan 10 orang guru dari SK Abang Haji Matahir dan SK St. Andrew Sarikei bagi memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru sekolah mengenai kepentingan hutan dan alam sekitar, restorasi sumber hutan dan peranan serta sumbangan dalam pengurusan hutan secara mapan bagi menjamin kelestarian untuk manfaat generasi akan datang.
- Antara modul yang diadakan seperti T-shirt painting, Kuiz Hutan dan Restorasi, Model Restorasi dan lain-lain aktiviti berkonsepkan hutan dan alam semulajadi.
Taklimat CEPA dan Restorasi Sumber di SK St. Andrew, Sarikei |
---|