loader

Pembinaan denai hutan ini bermula pada bulan Mac dan siap sepenuhnya pada Disember 2013. Antara kemudah-kemudahan yang disediakan di sepanjang denai adalah pondok rehat yang dilengkapi dengan pelbagai informasi mengenai alam sekitar, menara peninjau burung, titian, tangga dan sebagainya. Pondok rehat yang dijadikan pusat kesedaran dan pendidikan alam sekitar   Menara Peninjau burung Antara kemudahan […]

Program Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar di SK Adin Sare, Sarikei telah bermula sekitar September 2013. Pada penghujung tahun 2013 landskap taman dan kerja-kerja pengubahsuaian dewan untuk Pusat Mini telah siap sepenuhnya. Pada Januari hingga 7 Mac 2014 kerja-kerja penananaman, pemantauan dan penjagaan tanaman herba dan pokok ubat di taman mini serta penyiapan fasa terakhir […]

Menaiktaraf kemudahan (sistem perpaipan) untuk rumah pemprosesan garam gunung bagi komuniti Lun Bawang di Kampung Buduk Bui, Ba’kelalan yang merangkumi 6 tangki simpanan untuk stok air garam (800 liter setiap satu) dan sistem penyaluran mata air garam dari telaga.   Sistem penyaluran air garam yang telah ditambahbaik

Merupakan inisiatif daripada Unit Inisiatif Khidmat Komuniti (CSIU) Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama komuniti rumah panjang. Plot percubaan – 1000 anak pokok gaharu telah ditanam pada penghujung Disember 2009 dan sekarang pokok telah berusia 5 tahun. 700 anak pokok gaharu telah diserahkan kepada komuniti Rh. Anthony Bau dan Rh. Mengiring.

Jambatan Gantung Sg. Kubaan, Long Semirang Merupakan kerjasama di antara Jabatan Hutan Sarawak, ITTO, dan Samling Sdn. Bhd. Pembinaan jambatan gantung Sg. Kubaan dijalankan secara gotong-royong di antara kakitangan jabatan dan komuniti Penan yang mengambil masa selama sebulan bermula 15 November hingga 16 Disember 2009. Jambatan gantung Sg. Kubaan adalah sepanjang 32 meter. Jambatan Gantung […]

Hasil usahasama yang padu di antara Unit Jabatan Hutan Sarawak, ITTO, Samling Sdn. Bhd. dan Erickson Air Crane. Pembinaan dijalankan secara gotong-royong di antara kakitangan jabatan dan komuniti Penan yang mengambil masa hampir 2 bulan bermula 2 Oktober hingga 24 November 2010. Terdiri daripada 10 blok rumah kayu iaitu 20 unit rumah bagi kediaman 15 […]

Pusat Interpretasi Heart of Borneo (HoB) Sarawak terletak 10 hingga 15 km dari bandar Lawas, mengambil masa perjalanan kira-kira 10 hingga 20 minit. Tapak lokasi projek ini adalah bersebelahan dengan sungai kecil yang menjadi sempadan Hutan Simpan Kayangeran dan berdekatan dengan jalan raya utama menuju ke feri Kuala Lawas. Kerja-kerja pembinaan bahagian dalaman (interior) bangunan utama […]